4.14 bilion dos vaksin disuntik

DATA Johns Hopkins University menunjukkan sehingga pagi ini, Selasa 3 Ogos, lebih 4.14 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia.

China mendahului dengan lebih 1.66 bilion dos vaksin diikuti India dengan 472 juta dos dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 345 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil diikuti rapat Jerman manakala United Kingdom dan Jepun melebihi 85 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 68 juta diikuti Malaysia sebanyak 21 juta dos.

Filipina merekodkan lebih 19 juta dos diikuti Thailand lebih 17 juta dos dan

Singapura pula lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment