Waspada Alpha, Beta dan Delta

JAKARTA 2 Ogos – Potensi jangkitan Covid-19 masih tinggi dengan kajian spesimen menunjukkan penularan varian Delta hampir sekata di seluruh Indonesia , kata jurucakap vaksinasi Covid-19 Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi.

“Varian Delta mendominasi 86 peratus daripada urutan spesimen yang dilakukan dalam tempoh 60 hari terakhir di 24 wilayah sehingga dapat dikatakan bahawa ia menular hampir sekata di seluruh Indonesia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dari awal tahun hingga 28 Julai lalu, Indonesia melaporkan 3,651 hasil penjujukan genom ke dalam pangkalan data global.

Hasil kajian menunjukkan negara perlu berwaspada terhadap tiga daripada empat varian coronavirus, iaitu varian Alpha, Beta dan Delta.

Bagi membendung penyebaran Covid-19, kerajaan sedang memperkasakan ujian saringan dan pengesanan terutama di kawasan padat penduduk.

Katanya, kerajaan komited meningkatkan kadar pengesanan daripada sekitar 300,000 menjadi 500,000 ujian sehari di samping meningkatkan vaksinasi bagi mengurangkan risiko dijangkiti.

Related posts

Leave a Comment