Vaksin elak perintah berkurung

PAKAR penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS) Dr Anthony Fauci memberi amaran, Covid-19 akan menjadi lebih buruk susulan penyebaran varian Delta yang menyebabkan lonjakan kes, terutama dalam kalangan individu yang belum divaksin.

Bagaimanapun katanya, terdapat 100 juta individu di Amerika Syarikat yang layak menerima vaksin tetapi belum berbuat demikian.

Ketika ditemu bual stesen penyiaran ABC pada Ahad, beliau berkata AS tidak akan kembali kepada perintah berkurung untuk membendung Covid-19 disebabkan  bilangan rakyat Amerika yang sudah divaksin mencukupi untuk mengelakkan perintah berkurung dilaksanakan.

“Tidak cukup untuk melawan wabak sepenuhnya, tetapi cukup untuk mengelak kita daripada menempuhi pengalaman ketika musim sejuk yang lalu,” katanya.

Walaupun negeri-negeri tidak mengenakan perintah berkurung, penyebaran varian Delta masih boleh mengancam ekonomi.

Lonjakan kes varian Delta yang kini mendominasi dunia mendorong sekatan pergerakan, khususnya di Asia seperti Filipina, Thailand dan Vietnam.

Kira-kira 58 peratus rakyat Amerika telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19

Related posts

Leave a Comment