Perlis catat kadar tertinggi

PUTRAJAYA 2 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 Ogos 2021 untuk seluruh negara adalah 1.08.

Ini merupakan penurunan selama empat hari berturut-turut, susut kepada 1.08 berbanding 1.10 pada hari sebelumnya.

Sebanyak 14 negeri dan wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught melebihi purata kebangsaan 1.08.

Perlis mencatat kadar tertinggi dengan 1.53 diikuti Terengganu 1.35  dan Kelantan 1.25, Kedah 1.22, Pulau Pinang 1.20,

Perak dan Sabah masing-masing 1.19, Putrajaya dan Pahang masing-masing 1.16,

Johor 1.14, Kuala Lumpur 1.12, Sarawak dan Melaka masing-masing 1.10, dan Selangor 1.08

Negeri yang mencatat kadar di bawah purata kebangsaan ialah Negeri Sembilan 0.93 dan Labuan 0.63

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment