Vaksinasi tak selesai 2024 jika….

LONDON:  Dunia tidak akan selesai dengan proses vaksinasi sehingga tahun 2024, jika mengambil kira kadar suntikan semasa, kata Setiausaha Luar Britain, Dominic Raab.

Justeru beliau mendesak negara-negara lain bergabung dengan Britain dalam menderma vaksin agar komuniti dunia selesai divaksin pada pertengahan 2022.

“Kami telah beri komitmen bekalkan 100 juta dos vaksin daripada lebihan bekalan domestik ke negara-negara termiskin dan paling terjejas di seluruh dunia menjelang pertengahan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan pertama iaitu sebanyak 9 juta dos akan diagihkan pada Jumaat dan akan diberi kepada negara-negara yang terjejas seperti Loas dan Kemboja serta rakan kongsi Britain seperti Indonesia dan Malaysia selain sebilangan negara Komanwel yang meliputi Kenya sehingga ke Jamaica.

Katanya tindakan ini bukti Britain tidak hanya mementingkan diri sendiri sebaliknya menunjukkan negara berkenaan mempunyai kemampuan untuk menyelamatkan nyawa demi kebaikan semua di dunia.

Jelasnya, berdasarkan unjuran semasa kadar vaksinasi, komuniti dunia hanya akan selesai divaksin pada 2024 tetapi  Britain ingin mempercepatkan pada pertengahan tahun depan sekali gus membuat perbezaan besar bagi negara-negara terjejas.

Related posts

Leave a Comment