R-naught catat peningkatan

PUTRAJAYA 29 Julai –  Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia kembali mencatatkan peningkatan dengan kadar 1.16 pada Rabu berbanding 1.14 pada hari sebelumnya.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.

Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.33, diikuti Kelantan 1.26,

Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 1.25, Kedah 1.22, Johor 1.19, Perak 1.18, Putrajaya 1.16, Kuala Lumpur 1.15 dan Selangor 1.12,

Di bawah 1.0 pula melibatkan Pahang 1.08, Melaka 1.07, Sarawak 1.04, Negeri Sembilan 0.94, Labuan 0.65 dan Perlis mencatatkan tiga kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment