Masjid Sultan ditutup sementara

SINGAPURA 28 Julai – Masjid Sultan ditutup sementara mulai waktu Zuhur hari ini sehingga Zuhur esok bagi kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman berikutan  satu kes positif Covid-19 didapati mengunjungi masjid itu.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dalam catatan di laman Facebooknya hari ini

memaklumkan, penutupan itu berikutan terdapat individu yang  mengunjungi Masjid Sultan pada 17 Julai antara pukul 3 petang hingga 3.40 petang disahkan positif Covid-19.

Berikutan penutupan itu, semua  tempahan untuk solat berjemaah di masjid itu dalam tempoh berkenaan akan dibatalkan secara automatik.

Sebagai langkah berjaga-jaga, para jemaah yang mengunjungi masjid pada waktu itu turut diminta memantau tahap kesihatan mereka dalam tempoh 14 hari.

Mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika berasa kurang sihat atau terdapat gejala seperti batuk dan demam.

Related posts

Leave a Comment