Kadar R-naught kekal 1.14

PUTRAJAYA 27 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 yang direkodkan di negara ini  kekal seperti semalam iaitu 1.14.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama dengan purata kebangsaan.

Terengganu mendahului dengan 1.30, Kelantan 1.27, Kedah, Johor dan Sabah masing-masing 1.23, Pulau Pinang 1.21, Perak 1.20 dan Putrajaya 1.18.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.14 sama dengan purata kebangsaan, diikuti Selangor 1.12, Pahang 1.10, Melaka 1.09 dan Sarawak 1.01.

Di bawah 1.0 pula adalah Negeri Sembilan dengan 0.98 dan  Labuan 0.63.

Perlis mencatatkan dua kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif..

Related posts

Leave a Comment