Desak Presiden letak jawatan

RIO DE JANEIRO: Ketika Brazil merekodkan 19.6 juta kes dengan 548,340 kematian, rakyat negara itu terus mendesak Presiden Brazil, Jair Bolsanaro meletak jawatan.

Protes berlanjutan mencetuskan pertelingkahan melibatkan kumpulan penunjuk perasaan dan sekumpulan polis.

Protes terbaharu dalam siri demonstrasi jalanan itu berikutan rakyat mendakwa

Bolsanaro gagal menangani wabak Covid-19 di Brazil.

Penunjuk perasaan melaungkan slogan anti-Bolsanaro dan mengibarkan jumlah kematian Covid-19.

Bolsanaro bukan sahaja dituntut meletakkan jawatan malah ketika ini beliau berdepan tuduhan rasuah di Kongres berhubung pembelian dos vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment