Thailand terus tambah kes

BANGKOK 22 Julai – Jika semalam, 13,002 kes Covid-19 dianggap tertinggi, hari ini jumlah itu meningkat kepada 13,655, menjadikan jumlah tertinggi yang direkod Thailand selepas pandemik bermula awal tahun lalu

Jumlah kematian bagaimanapun kurang sedikit apabila merekodkan 87 orang berbanding 108 orang yang dilaporkan meninggal dunia semalam.

Menurut pihak berkuasa kesihatan terdapat 13,110 kes melibatkan masyarakat awam (termasuk 11 importdan 545 dalam kalangan banduan penjara.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes meningkat kepada 453,132 kes dengan 3,697 kematian.

Setakat Rabu, sebanyak 7,921 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Sejak gelombang ketiga yang bermula 1 April lalu, terdapat 424,269 pesakit Covid-19 dan daripada jumlah itu, 284,951 dilaporkan sembuh dengan jumlah kematian bagi tempoh itu 3,603.

Dan sejak pandemik bermula pula awal tahun lalu, terdapat  453,132 pesakit Covid-19 dan daripada jumlah itu , 312,377 dilaporkan sembuh dan 3,697 kematian.

Bangkok merekodkan 44 kematian serta enam di Pathum Thani, Nakhon Sawan (5), Samut Sakhon (4), Pattani (4), masing-masing tiga di Nakhon Pathom, Samut Prakan, Songkhla dan Ratchaburi, dua masing-masing di Chiang Mai, Samut Songkhram dan Surin serta satu kes masing-masing di Chiang Rai, Phitsanulok, Ayutthaya, Sing Buri, Udon Thani dan Ubon Ratchthani.

Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,893 kes menjadikan jumlah keseluruhan di ibu kota Thailand itu 123,506.

Ini diikuti Samut Sakhon 965, Samut Prakan 895, Chonburi 620, Nonthaburi (416), Pathum Thani (356), Nakhon Ratchasima (293), Pattani (289), Suphan Buri (274) dan Rayong (261).

Sebelas kes import pula melibatkan ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu (3), Malaysia (4) dan Kemboja (4).

Setakat Rabu, 137,058 pesakit mendapatkan rawatan di hospital, di mana 3,856 mengalami radang paru-paru dan 889 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment