4,932,981 lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 22 Julai – Setakat 11.59 malam tadi sebanyak 15,517,866 dos diberikan kepada penduduk negara ini di mana daripada jumlah tersebut, 10,584,885 merupakan dos pertama manakala 4,932,981 adalah dos kedua.

Berdasarkan data tersebut, 32.4 peratus daripada populasi Malaysia kini sudah menerima dos pertama dan 15.1 peratus pula sudah menerima dos kedua.

Semalam, jumlah pemberian vaksin adalah 446,052 dos dan daripada jumlah itu, 282,980 merupakan penerima suntikan pertama dan 163,072 suntikan kedua.

Untuk dos pertama, kadar pemberian vaksin tertinggi dicatatkan di Selangor yang merekodkan 89,183 dos, diikuti Kuala Lumpur (47,866 dos), Johor (35,145 dos) dan Sabah (23,188 dos).

Bagi dos kedua pula, kadar tertinggi direkodkan di Sarawak dengan 42,436 dos, diikuti Selangor (37,997 dos), Kuala Lumpur (31,339 dos), Pulau Pinang (9,323 dos) dan Negeri Sembilan (7,484 dos).

Related posts

Leave a Comment