Haji 25,000 ekspatriat 150 negara

MAKKAH : Lebih 25,000 ekspatriat melibatkan 150 negara adalah antara sejumlah 58,518 jemaah yang berpeluang menunaikan haji tahun ini.

Daripada jumlah itu, 25,702 jemaah adalah wanita sementara jemaah lelaki seramai 32,816 orang

Statistik Kementerian Haji dan Umrah serta Suruhanjaya Diraja bagi Kota Makkah dan Tanah Suci menunjukkan jemaah warga Arab Saudi adalah lebih 33,000 orang termasuk 16,753 lelaki manakala jemaah dalam kalangan penduduk negara ini melebihi 25,000.

Para jemaah dibahagikan mengikut empat zon iaitu di zon merah mencecah lebih dari 16,900 manakala lebih 20,000 di zon hijau,  12,476 di zon biru dan di zon kuning melebihi 9,000.

Jumlah kem yang disediakan untuk jemaah adalah 213, termasuk 71 kem di Mina dan Arafat, dan 71 kawasan di Muzdalifah, selain 848 bilik di menara Mina.

Related posts

Leave a Comment