Sinovac, Pfizer ‘lebih kurang sama’

PUTRAJAYA 20 Julai – Data perubatan menunjukkan vaksin Sinovac mempunyai kadar keberkesanan yang sama dengan Pfizer dalam melawan virus Covid-19, kata

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Melalui Facebooknya hari ini, beliau merujuk berhubung laporan sebuah jurnal kesihatan pada 7 Julai lalu mengenai penggunaan vaksin Sinovac oleh negara Chile dari Februari hingga Mei lalu.

Laporan “New England Journal of Medicine” itu melihat kepada seramai 4.2 juta orang lengkap divaksin berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak divaksin.

“Sinovac didapati mengurangkan 65.9 peratus jangkitan Covid-19, mengurangkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ICU (90.3 peratus) dan mengurangkan kematian (86.3 peratus),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, jurnal yang sama pada Disember 2020 melaporkan, ujian dilakukan Pfizer menunjukkan keberkesanan 95 peratus adalah sangat rendah dan menganalisa 170 kes Covid-19 (8 divaksin. 162 dalam kumpulan tidak divaksinasi).

Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan, Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak perbezaan dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan teruk Covid-19.

Related posts

Leave a Comment