Atlet gimnas AS positif Covid-19

JAWATANKUASA Olimpik AS (USOC) mengesahkan seorang atlet gimnasnya diuji positif koronavirus sewaktu menjalani latihan di Tokyo menjelang Sukan Olimpik.

Atlet yang namanya tidak didedahkan itu berada dalam senarai simpanan dan kini perlu menjalani pengasingan bersama seorang lagi rakan sepasukannya yang didapati menjadi kontak rapat.

“Kesihatan dan keselamatan atlet, jurulatih dan staf kami akan tetap menjadi keutamaan,” kata USOC dalam satu kenyataan.

Keputusan itu diperoleh hanya empat hari menjelang pembukaan temasya berkenaan, di mana seorang lagi gimnas negara itu, Simone Biles, dijangka akan menjadi pilihan utama dalam perebutan pingat emas.

Gimnas berusia 24 tahun itu memenangi empat pingat emas dalam edisi 2016 di Rio dan dijangka akan menambah koleksinya dalam acara gimnastik bermula hujung minggu ini.

Related posts

Leave a Comment