Lebih 14 juta dos disuntik

PUTRAJAYA 8 Julai – Lebih 14 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan, Adham Baba.

Dalam tempoh lebih lima bulan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 (PICK), sebanyak 9,570,974 menerima dos pertama manakala 4,431,350 melengkapkan dos kedua.

Melalui laporan harian pemberian dos vaksin, sebanyak 380,400 dos suntikan diberikan semalam membabitkan 253,830 dos pertama dan baki 126,610 dos kedua.

Bagi jumlah kumulatif pemberian dos vaksin hingga semalam, jumlah pemberian vaksin di Selangor dan Kuala Lumpur paling tinggi iaitu lebih 4.9 juta membabitkan 3,752,686 dos pertama dan 1,181,173 lengkap dos kedua.

Bagi laporan harian pula, sehingga semalam, Selangor menjadi negeri tertinggi penerima vaksin iaitu sebanyak 101,661 membabitkan 75,881 dos pertama dan 25,780 dos kedua.

Kuala Lumpur pula di kedudukan kedua dengan 64,097 membabitkan 40,748 dos pertama dan 23,349 dos kedua; Sarawak dengan 64,573 iaitu 23,065 dos pertama dan 41,508 dos kedua.

Related posts

Leave a Comment