Olimpik: Pelawat pertama masuk hospital

TOKYO: Seminggu menjelang Olimpik Tokyo, 23 Julai ini seorang wakil Nigeria menjadi pelawat pertama acara sukan itu yang dimasukkan ke hospital disebabkan positif Covid-19.

Menurut laporan TV Asahi, individu berusia 60-an itu, bukan seorang atlet diuji positif pada petang Khamis di lapangan terbang dengan gejala ringan tetapi dimasukkan ke hospital atas sebab usia dan masalah kesihatan sedia ada.

Pada Jumaat, Jawatankuasa Olimpik Australia berkata pemain tenis Alex de Minaur, yang menduduki tempat ke-15 di dunia, disahkan positif sebelum berangkat ke temasya itu, menjadi atlet terbaru yang mendapati impian Olimpiknya punah akibat koronavirus.

De Minaur diuji positif sebanyak dua kali di Sepanyol sebelum dijadual berlepas ke Jepun.

Bintang bola keranjang Amerika Syarikat Bradley Beal turut mengalami nasib serupa selepas USA Basketball mengumumkan pada Khamis bahawa pemain Washington Wizards itu tidak akan menyertai Olimpik selepas memulakan protokol koronavirus di kem latihan Las Vegas.

Related posts

Leave a Comment