Kematian, kes tertinggi Thailand

BANGKOK 17 Julai – Thailand merekodkan kes harian Covid-19 dan kematian tertinggi akibat koronavirus itu apabila merekodkan 10,082 kes baharu dengan 141 orang meninggal dunia.

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 9,955 terdiri daripada orang awam termasuk 42 kes import manakala 127 lagi melibatkan banduan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 391,989 orang dan kematian pula mencecah 3,240 orang.

Sebanyak 110,565 pesakit masih mendapatkan rawatan di hospital sehingga Jumaat dan daripada jumlah itu 3,454 pesakit kritikal, 839 memerlukan bantuan pernafasan.

Mengikut rekod, sejak 1 April, iaitu ketika bermulanya gelombang ketiga, sebanyak 363,126 kes dilaporkan dan daripada jumlah itu 250,758 dilaporkan sembuh.

Dan jika dikira sejak pandemik bermula awal tahun lalu, sebanyak 391,909 kes direkodkan dan 278,184 dilaporkan sembuh.

Bagi kematian pula, sejak gelombang ketiga, 3,005 orang meninggal dunia dan bermula awal tahun lalu, jumlah kematian yang direkodkan adalah 3,240.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 141 kematian yang direkodkan, sebanyak 73 orang adalah lelaki dan mangsa berusia 24 hingga 96 tahun.

Mereka juga mempunyai penyakit kronik lain termasuk darah tinggi dan kencing manis serta ada yang dijangkiti dalam kalangan keluarga, rakan-rakan dan jiran.

Bangkok mencatatkan kadar kematian tertinggi dengan 71 kes, diikuti

Nonthaburi 18, Samut Sakhon 7, Pathum Thani 6, Nakhon Pathom 5 dan Samut Prakan 1 sementara tiga kes di Narathiwat dan Pattani, Yala 2 dan satu di Songkhla.

Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,302, diikuti Samut Prakan 849, Samut Sakhon 680, Chon Buri 659, Nonthaburi 471, Nakhon Pathom 288, Songkhla 286, Pathum Thani 251, Chachoengsao 245 dan Yala 196.

Kes import pula melibatkan 40 warga Thai dan dua Myanmar yang melibatkan ketibaan dari India (5), Amerika Syarikat (2), Myanmar (25) dan Kemboja (10).

A total of 110,565 remained at hospitals as of Friday – 63,542 at conventional hospitals and 47,023 at field hospitals. Of 3,454 critically ill patients, 839 were dependent on ventilators.

Related posts

Leave a Comment