Dua kluster babitkan kanak-kanak

PUTRAJAYA 17 Julai – Dua daripada  37 kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kes indeks membabitkan kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Putra Bertam, Pulau Pinang, dengan kes indeks seorang kanak-kanak perempuan  berusia tiga tahun yang dilaporkan positif Covid-19 Rabu lalu hasil saringan individu bergejala.

“Kanak-kanak itu mula menunjukkan gejala pada 10 Julai lalu. Seramai 11 individu sudah dijangkiti dalam kluster itu, termasuk lapan kes baharu yang dikesan, hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Seterusnya, Kluster Jalan Cengal Selatan di Kuala Lumpur dengan kes indeks merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dilaporkan positif pada Selalu lalu hasil saringan individu bergejala.

Dr Noor Hisham memaklumkan, kanak-kanak itu mula menunjukkan gejala pada 11 Julai lalu, dan 13 individu sudah dijangkiti dalam kluster berkenaan, termasuk sembilan kes baharu dikesan, semalam.

Related posts

Leave a Comment