3.56 bilion dos disuntik

LEBIH 3.56 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Sabtu, 17 Julai.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.42 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India 395 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) 335 juta dos.

Brazil mencatatkan lebih 100 juta dos, United Kingdom serta Jerman lebih 84 juta dos manakala Jepun merekodkan 66 juta dos dan Perancis 63 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 55 juta dos diikuti Filipina 14 juta dos, Malaysia dan Thailand lebih 13.6 juta dos serta Singapura  lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment