Delta: Sydney kesan kontak rapat

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia mempergiatkan usaha mengesan kontak rapat beberapa kes positif Covid-19 di Victoria yang dikaitkan dengan penularan varian Delta di Sydney.

Berpuluh-puluh lokasi baru di Melbourne termasuk sebuah pusat beli-belah, dua laluan pengangkutan awam dan sebuah kelab sukan disertakan dalam senarai lokasi yang terdedah kepada penularan virus tersebut semalam, 14 Julai.

Pemakaian pelitup di tempat-tempat tertutup juga dilaksanakan semula selepas Victoria dengan lebih 6 juta penduduk, melaporkan 10 kes baharu tetapi tiada kes baharu dilaporkan pada 15 Julai.

Australia sedang berusaha untuk membendung penularan varian Delta yang amat mudah berjangkit di bandar terbesarnya, Sydney. Virus itu merebak ke Victoria dan Australia Selatan selepas sepasukan pekerja pemunggah perabot yang terjangkit di Sydney melakukan perjalanan ke kedua-dua wilayah itu untuk bekerja.

Sementara itu, pihak berkuasa Australia melaporkan kes jangkitan baharu Covid-19 di Sydney sudah mula mendatar pada Khamis.

Ketua Menteri New South Wales Gladys Berejiklian berkata bahawa jumlah kes perlu merosot dengan ketara sebelum bandar dengan 5 juta penduduk itu boleh keluar daripada sekatan pergerakan memandangkan 28 daripada 65 kes baharu yang dilaporkan berjangkit masih boleh menjangkiti orang lain.

“Meskipun jumlah kes masih naik turun, kami sedang menyaksikan penstabilan. Ia tidak melonjak dengan mendadak,” kata Berejikian.

Related posts

Leave a Comment