Warga UK disaran kekal pelitup muka

LONDON: Berikutan kelonggaran sekatan pada 19 Julai ini, United Kingdom (UK) masih menyarankan rakyatnya kekal memakai pelitup muka ketika mengunjungi kawasan awam walaupun ia tidak diwajibkan.

Saranan itu termasuk jika mereka ke pusat membeli belah dan premis perniagaan lain.

Melalui kelonggaran itu, penjarakan fizikal juga tidak menjadi satu keperluan dan masyarakat boleh mula bekerja di pejabat.

Kelonggaran itu sekali gus akan membolehkan syarikat-syarikat untuk menentukan polisi keselamatan bermula 19 Julai nanti apabila UK memasuki fasa pemulihan negara.

Namun kelonggaran itu juga banyak dikritik pekerja mahupun kesatuan sekerja dengan menyatakan ia akan merisikokan mereka dengan lonjakan kes jangkitan baharu.

Kelonggaran ini juga dilihat akan menyebabkan risiko lebih tinggi bagi pekerja yang kembali ke pejabat dan tempat kerja.

Related posts

Leave a Comment