Kadar kebolehjangkitan naik lagi

PUTRAJAYA 14 Julai – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia kembali mencatat peningkatan dari 1.14 pada Isnin kepada 1.16 semalam, Selasa.

Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.35 diikuti

Terengganu 1.26, Selangor 1.19, Kedah 1.17 dan Pahang 1.14.

Lapan negeri mencatat kadar di antara 1.02 dan 1.11.

Negeri-negeri itu terdiri daripada Kuala Lumpur 1.11, Pulau Pinang 1.11, Melaka 1.10, Sabah 1.07, Negeri Sembilan 1.06, Johor 1.05, Perak 1.04 dan Kelantan 1.02.

Dua negeri mencatatkan kadar di bawah 1.0 iaitu Sarawak 0.93 dan Labuan 0.88 sementara Perlis kekal dengan sifar kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment