25 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 5 Feb. – Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes jangkitan tempatan dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), satu jangkitan baharu dikesan di asrama pekerja asing manakala satu lagi kes melibatkan jangkitan dalam masyarakat.

Baki kes hari ini merupakan jangkitan diimport dan dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Singapura setakat ini adalah 59,649 kes.

Related posts

Leave a Comment