Makkah sedia terima 60,000 jemaah

JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah sudah membuat semua persiapan dan bersedia menerima ketibaan dan kepulangan 60,000 jemaah yang terpilih menunaikan ibadah haji tahun ini.

Sebanyak empat pusat menyambut ketibaan jemaah yang bermula 7 dan 8 Zulhijjah disediakan di Makkah iaitu Al-Nawari, Al-Zaydi, Al-Sharia dan Al-Huda.

Jemaah akan didaftarkan mengikut prosedur ditetapkan termasuk pemeriksaan permit haji dan mengesahkan kad pintar sebelum dibawa ke Masjidilharam menggunakan bas untuk melakukan tawaf.

Bas juga akan membawa barang ke penginapan jemaah sementara mereka melakukan tawaf.

Bagi yang datang menggunakan kenderaan persendirian, barang mereka akan diserahkan kepada syarikat berkaitan dan jemaah akan dibawa dengan bas ke Masjidilharam.

Jemaah dari Makkah akan terus mendaftar di pusat pendaftaran seperti ditetapkan bersama barang mereka untuk ke penginapan.

Tahun ini, Kementerian memperkenalkan kad pintar bagi memudahkan semua urusan perkhidmatan berkaitan ibadah ini termasuk kemasukan ke penginapan dan pengangkutan.

Sebanyak 1,600 bas disediakan.

(Foto Haramain)

Related posts

Leave a Comment