421,479 dos, catatan tertinggi

PUTRAJAYA 13 Julai – Sebanyak 421,479 dos vaksin diberikan kepada penerima di seluruh negara, semalam, yang tertinggi pernah dicatatkan di negara ini, kata  Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menerusi Twitter, hari ini.

Beliau berkata, setakat jam 11.59 malam tadi, sebanyak 264,034 dos suntikan pertama diberikan manakala dos kedua adalah sebanyak 157,445.

Berdasarkan statistik dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid- 19 (JKJAV), Selangor merekodkan pemberian suntikan dos pertama tertinggi semalam iaitu 75,213 dos, manakala dos kedua sebanyak 22,905 dos.

Kuala Lumpur pula menjadi negeri kedua tertinggi mencatatkan sebanyak 45,889 suntikan dos pertama dan 22,015 suntikan dos kedua diikuti Sarawak (29,691 dos pertama, 52,377 dos kedua).

Secara kumulatif, sebanyak 11,788,189 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah diberikan setakat ini, membabitkan 8,104,068 dos pertama dan 3,684,121 dos kedua.

Malaysia sebelum ini, merekodkan jumlah harian tertinggi pemberian suntikan vaksin Covid-19 ialah pada 9 Julai lalu iaitu sebanyak 376,909 dos.

Related posts

Leave a Comment