Peningkatan kes di Vietnam

HANOI 12 Julai – Vietnam akan menguatkuasakan sekatan pergerakan di bandar Delta Mekong, Can Tho selama 14 hari bermula hari ini susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah berkenaan yang memasuki fasa buruk.

Vietnam yang dianggap berjaya mengatasi virus itu tahun lepas, telah mula menunjukkan peningkatan kes sejak akhir April ke tahap tertinggi.

Bandar dengan populasi 1.23 juta di wilayah selatan telah melaporkan tujuh jangkitan sejak seminggu lalu.

Kementerian Kesihatan melaporkan 1,953 kes jangkitan baharu pada Ahad dengan seminggu melebihi 1,000 kes di mana sebahagian besar kes direkodkan di bandar Ho Chi Minh.

Vietnam telah mencatatkan 29,816 jangkitan dan 116 kematian sejak bermulanya penularan wabak Covid-19, angka yang sangat rendah berbanding dengan beberapa negara Eropah, India dan Amerika Syarikat.

Related posts

Leave a Comment