Vaksinasi harian turun 291,217

PUTRAJAYA 12 Julai – Kadar vaksinasi harian Covid-19 dalam negara menunjukkan sedikit penurunan semalam (11 Julai)  dengan 291,217 dos.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba memaklumkan, dengan pertambahan jumlah harian itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan vaksinasi ketika ini adalah 11.36 juta.

Data oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan, daripada jumlah itu 190,186 adalah penerima dos pertama, manakala 101,031 adalah penerima dos kedua.

Bagi dos harian, negeri yang mencatatkan pemberian dos pertama tertinggi adalah Selangor dengan lebih 50,000 diikuti Kuala Lumpur dengan lebih 29,000.

Ini menjadikan jumlah pemberian dos pertama setakat ini adalah 24 peratus dan dos kedua adalah 10.8 peratus.

Bagi jumlah populasi tertinggi divaksinasi mengikut negeri, Kuala Lumpur mencatatkan 78.9 peratus diikuti Putrajaya 51.5 peratus dan Sarawak 49.1 peratus.

Related posts

Leave a Comment