Itali juara Euro 2020

LONDON : Itali menundukkan tuan rumah England pada perlawanan akhir Euro 2020 menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 di Stadium Wembley awal pagi ini (waktu Malaysia).

England berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 melalui tendangan cantik Luke Shaw.

Itali cuba mengawal perlawanan pada separuh masa kedua, dan pada minit ke- 67 Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

The Three Lions kecundang kepada The Azurri apabila tiga sepakan penalti gagal disempurnakan sekali gus menobatkan Itali sebagai juara Euro 2020.

(Carta theSun)

Related posts

Leave a Comment