HTAR henti khidmat pesakit luar

KLANG 11 Julai – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang menghentikan perkhidmatan pesakit luar berkuat kuasa 9 Julai, sebagai persediaan untuk menguruskan pesakit Covid-19.

Antara perkhidmatan yang terjejas termasuk rawatan klinik pakar pesakit luar, fisioterapi dan pemulihan cara kerja.

Menurut Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi pesakit yang mempunyai janji temu di klinik pakar dinasihatkan tidak hadir ke hospital sehingga diberitahu kelak.

Pihak hospital akan memberi tarikh dan masa baharu janji temu klinik pakar serta pengambilan ubat di farmasi kepada pesakit melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Pesakit dinasihatkan peka dengan notifikasi diberikan supaya tidak terlepas janji temu dan terputus bekalan ubat-ubatan sepanjang penutupan perkhidmatan ini.

Sementara itu, beberapa kawasan HTAR telah diubah fungsi menjadi wad sementara bagi menempatkan pesakit Covid-19 dan dapat menampung keperluan sementara situasi lonjakan kes di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR.

Di antara kawasan yang telah dijadikan tempat rawatan pesakit Covid-19 adalah asrama doktor pelatih dan Kompleks Rawatan Harian. Kedua-dua tempat ini mula menerima pesakit Covid-19 bermula pukul 8 malam 9 Julai 2021.

Related posts

Leave a Comment