Sabah tetap benarkan dine-in

KOTA KINABALU 10 Julai – Sabah mengulangi keputusan untuk kekal membenarkan operasi dine-in di restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel.

Menurut Ketua Menteri, Hajiji Noor, arahan untuk membenarkan aktiviti itu telah dibenarkan semasa Sabah masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Arahan untuk membenarkan aktiviti itu dikuatkuasakan Kerajaan Sabah pada 29 Jun lalu, berikutan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 masih berkuat kuasa.

“Ini pendirian kita (kerajaan Sabah),” kata Hajiji dalam satu kenyataan.

Pada 28 Jun lalu, Hajiji dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Sabah membenarkan aktiviti dine-in di restoran, kedai makan dan restoran dalam hotel. Sabah turut membenarkan kedai gunting rambut beroperasi.

Bagaimanapun, pengumuman kerajaan negeri itu mendapat pelbagai reaksi peniaga kedai makan dan restoran.

Ada yang membuka kedai makan untuk aktiviti dine-in dan ada juga yang mengambil keputusan untuk menawarkan perkhidmatan bawa pulang sahaja susulan tiada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan.

Bagaimanapun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kerajaan negeri telah mengemukakan SOP baharu bagi Sabah kepada Kerajaan Pusat dan masih menunggu perwartaan SOP tersebut.

Selain itu, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membenarkan aktiviti dine-in bermula 3 Julai lalu dengan dua pelanggan bagi satu meja selain hanya 50 peratus individu dalam restoran atau kedai makan. Begitu juga dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Related posts

Leave a Comment