Wukuf di Arafah 19 Julai

JEDDAH – Arab Saudi akan menyambut Hari Raya Aidiladha tahun ini pada 20 Julai manakala perhimpunan wukuf di padang Arafah pada 19 Julai.

Pengumuman itu dibuat selepas anak bulan Zulhijjah tidak kelihatan semalam dan 1 Zulhijjah jatuh pada 11 Julai 2021.

Menurut pengumuman itu ibadah haji akan bermula pada 18 Julai atau 8 Zulhijah.

Tahun ini hanya 60,000 orang jemaah tempatan iaitu warganegara dan penduduk di Arab Saudi dibenarkan menunaikan ibadah itu.

Related posts

Leave a Comment