10 % atau 3 juta lengkap dua dos

KUALA LUMPUR 10 Julai – Sebanyak 3,190,789 orang atau 10 peratus penduduk di negara ini sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 setakat kelmarin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

“Bagi penduduk dewasa, 30 peratus telah menerima dos pertama manakala 13.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, pada tiga hari lepas sebanyak 1 juta dos berjaya diberikan walaupun awal bulan ini, pihaknya menjangkakan 300,000 suntikan pada Julai

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian dalam forum ‘Vaccine Advocacy Forum’ pada Konvensyen Farmasi Nasional 2021 secara penstriman langsung menerusi YouTube.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, jumlah dos yang lebih kecil diberikan beberapa bulan lepas adalah disebabkan oleh bekalan vaksin dan ketaksamaan global dalam pengedaran vaksin.

Khairy berkata setakat 4 Julai lepas, Malaysia telah menerima 12.6 juta bekalan vaksin iaitu AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac daripada 67 juta vaksin yang diperoleh.

“Kami masih menunggu 54 juta lagi bekalan vaksin, ini untuk menunjukkan kepada ahli farmasi bahawa ini jelas isu bekalan, bukan kapasiti dan setelah menerima bekalan, kami beroperasi dengan nisbah penggunaan 90 peratus sekarang,” katanya.

Merujuk kepada data dilaporkan di negara termasuk Jerman, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura, Khairy berkata, jumlah kes baharu dan kematian akan menurun apabila mencapai 30 ke 40 orang yang menerima vaksin lengkap bagi setiap 100 orang (30 hingga 40 peratus penduduk divaksin sepenuhnya).

Beliau berkata, pada penghujung Ogos, Malaysia akan mencapai 30 ke 40 peratus penduduk sudah lengkap menerima vaksin bagi menyaksikan penurunan kadar kematian berdasarkan data dunia.

Related posts

Leave a Comment