R-naught 5 negeri lebihi purata

PUTRAJAYA 9 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 negara kembali menunjukkan trend peningkatan, naik ke 1.09 semalam (Khamis 8 Julai) berbanding 1.07 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kadar tertinggi 1.28 diikuti Perak 1.18, Kuala Lumpur 1.16, Selangor 1.14 dan Pahang 1.10.

Kedah mencatat kadar sama dengan purata nilai kebangsaan sementara Sabah 1.07, Pulau Pinang 1.07, Melaka 1.06, Terengganu 1.04 dan Negeri Sembilan 1.02.

Empat negeri pula mencatatkan kadar R-Naught di bawah 1.0 iaitu Johor 0.96,

Kelantan 0.90, Labuan 0.86 dan Sarawak 0.86.

Perlis pula mencatat satu kes baharu

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment