3.33 bilion dos disuntik

LEBIH 3.33 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Khamis, dengan China mendahului dengan lebih 1.34 bilion dos.

Menurut data John Hopkins University, India merekodkan 368.12 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 330.61 juta dos.

Brazil mencatat lebih 100 juta dos  United Kingdom (UK) lebih 80 juta, Jerman 79 juta dos, Perancis melebihi 57 juta dan Itali melebihi 55 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 48 juta dos, Filipina 12 juta, Thailand  11 juta dos,  Malaysia dengan lebih 10 juta dos dan Singapura lebih 5.93 juta dos.

Related posts

Leave a Comment