Kadar R-naught Pahang tinggi

PUTRAJAYA 6 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 negara terus menunjukkan trend peningkatan dengan 1.07 semalam (Isnin) berbanding 1.06 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Pahang mencatat kadar tertinggi pada 1.24 diikuti Putrajaya 1.17, Kuala Lumpur 1.10, Selangor 1.09 dan Melaka 1.08.

Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah pula masing-masing mencatat kadar 1.06, 1.05 dan 1.04.

Tujuh negeri lain mencatat kadar R-Naught di bawah 1.0, iaitu Negeri Sembilan 0.99, Perak 0.95, Johor 0.93, Labuan 0.90, Sarawak 0.89, Terengganu 0.88, dan Kelantan 0.81.

Perlis pula mencatat sifar kes.

Related posts

Leave a Comment