3.21 bilion dos vaksin didaftar

LEBIH 3.21 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia di mana China mendahului dengan lebih 1.30 bilion juta dos vaksin.

Menurut data John Hopkins University,  India merekodkan 352 juta dos diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 329 juta dos.

Brazil merekodkan lebih 90 juta dos, United Kingdom (UK) lebih 79 juta dos manakala Jerman dengan 77 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 55 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 46 juta dos, Filipina dan Thailand pula melebihi 11 dan 10 juta dos.

Ini diikuti Malaysia  dengan lebih 9 juta dos dan Singapura dengan lebih 5.7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment