3.18 bilion dos vaksin didaftar

LEBIH 3.18 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Isnin, 5 Julai, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China terus mendahului dengan lebih 1.29 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 351 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) 329 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 90 juta dos adalah Brazil dan melebihi 79 juta dos adalah United Kingdom (UK).

Jerman merekodkan 75 juta dos, Perancis dan Itali dengan 54 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 45 juta dos, Filipina dan Thailand pula melebihi 10 juta dos.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 8.8 juta dos dan Singapura dengan lebih 5.6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment