Netanyahu pula anggap “keterlaluan “

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membidas kes Afrika Selatan terhadapnya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai “keterlaluan”, selepas hakim memutuskan Israel mesti bertindak untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai (genosid).

“Tuduhan pembunuhan beramai-ramai yang dilemparkan terhadap Israel bukan sahaja palsu, ia keterlaluan, dan orang yang baik di mana-mana harus menolaknya,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan video.

Sementara itu di THE HAGUE, menteri hubungan antarabangsa Afrika Selatan Naledi Pandor menggesa Israel menghentikan pertempuran di Semenanjung Gaza yang terkepung jika ia mahu mematuhi perintah ICJ.

“Bagaimana anda memberikan bantuan dan air tanpa gencatan senjata? Jika anda membaca perintah itu, secara tersirat gencatan senjata mesti berlaku,” katanya.

Dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan, ICJ memerintahkan Israel untuk menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai (genosid) terhadap rakyat Palestin dan melakukan lebih banyak lagi untuk membantu orang awam – walaupun ia berhenti daripada mengarahkan gencatan senjata.

Related posts

Leave a Comment