Vaksin syarat perjalanan di Indonesia

JAKARTA 3 Julai – Hanya mereka yang sekurang-kurangnya menerima dos pertama vaksin dibenarkan melakukan perjalanan jarak jauh atau merentas provinsi di Indonesia.

Peraturan keperluan vaksin itu dikuatkuasakan untuk perjalanan menggunakan semua jenis pengangkutan, di Pulau Jawa dan Bali dan ia berkuatkuasa hingga 30 Julai.

Syarat itu termaktub dalam pekeliling yang disiarkan Kementerian Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi berkenaan panduan aktiviti masyarakat bagi tempoh Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat.

Bagi yang menggunakan pesawat udara, mereka juga diwajibkan menjalani swab test atau PCR, manakala mereka yang menggunakan pengangkutan darat termasuk kenderaan peribadi, diwajib melakukan antigen test sebelum merentas provinsi.

Pada Khamis (1 Julai), Presiden Indonesia Joko Widodo mengumumkan pelaksanaan PPKM Darurat bagi menangani lonjakan kes Covid-19 di Pulau Jawa dan Bali.

Antara peraturan yang dikenakan adalah penutupan pusat membeli belah, penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor non essential, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restoren, kedai makan atau warung (dine in) dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.

Peningkatan kes baharu sejak dua minggu terakhir ini dikaitkan dengan kegiatan balik kampung semasa sambutan Aidilfitri lepas, dan varian Delta yang lebih cepat menular.

(FOTO Hotel Hard Rock Bali)

Related posts

Leave a Comment