Bekas Ketua Pengarah AKPS sertai Wawasan

SEPANG 10 Julai – Bekas Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Hazani Ghazali dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Wawasan Negara bagi memperkukuh kepemimpinan parti. Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Saifuddin Abdullah berkata, pelantikan Hazani yang berpengalaman luas dalam bidang keselamatan dan pentadbiran awam diyakini mampu memberi nilai tambah kepada parti. Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat sulung Jawatankuasa Pusat yang dipengerusikan Presiden Parti Wawasan Negara, Hamzah Zainudin pada Khamis. “Mesyuarat Jawatankuasa Pusat turut melantik penyelaras-penyelaras negeri sebagai persediaan memperkukuh jentera parti dan penyelarasan bersama Perikatan Nasional,” katanya…

Read More

Lagi MPT Bersatu letak jawatan

SEPANG 10 Julai – Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Aziman Hadi Nazri, mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatannya termasuk Exco  Armada Nasional berkuat kuasa serta-merta. “”Saya Aziman Hadi Nazri, dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai Exco Armada Nasional dan Ahli MPT Bersatu, berkuat kuasa serta-merta,” katanya menerusi Facebooknya. Aziman merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepemimpinan parti, rakan seperjuangan serta ahli yang memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama sepanjang beliau menggalas amanah dalam parti. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh kepemimpinan dan ahli Armada…

Read More

Chegubard tidak layak tanding pilihan raya

JOHOR BAHRU  10 Julai – Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan selepas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan Chegubard hilang kelayakan sebagai calon pilihan raya .“Kita memohon supaya Chegubard tidak dikenakan hukuman penjara dan Alhamdulillah, mahkamah tidak menjatuhkan hukuman itu. 10 jul turut memohon supaya jumlah denda tidak melebihi RM2,000 kerana mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana individu yang dikenakan…

Read More

Tentera AS bantu 800 kapal dagang

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) sejak Mei lalu membantu memastikan laluan selamat lebih 800 kapal dagang serta penghantaran 380 juta tong minyak mentah melalui Selat Hormuz. Menurut Komando Pusat AS (CENTCOM) menerusi hantaran di platform media sosial X milik AS, walaupun keadaan tidak menentu, pergerakan kapal melalui laluan perairan berkenaan terus berlangsung. Perkembangan itu berlaku ketika gencatan senjata yang rapuh antara AS dan Iran berdepan tekanan baharu.  Iran dan AS saling melancarkan serangan sejak dua hari lepas susulan peningkatan ketegangan. Iran pada Khamis melancarkan beberapa serangan ke atas infrastruktur…

Read More