China dahului vaksinasi global

CHINA kini mendahului dengan lebih 1.029 bilion dos vaksin daripada lebih 2.63 bilion  dos vaksin Covid-19 yang sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat semalam, Isnin 22 jun.

Data John Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat merekodkan 317.5 juta dos India dengan 280 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 80 juta dos adalah Brazil manakala United Kingdom (UK) 75 juta dos, Jerman dengan 66 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 dan 46 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 35 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina pula melebihi 8 juta dos, diikuti Malaysia dengan lebih 5.8 juta dos dan Singapura dengan 4.6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment