China dahului vaksinasi

CHINA terus mendahului program vaksinasi dengan 966 juta dos vaksin sudah didaftarkan, demikian menurut data Johns Hopkins University,

Ini diikuti Amerika Syarikat (AS) sebanyak 315 juta dos manakala India dengan 268 juta dos vaksin.

Setakat pagi ini, Sabtu lebih 2.52 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 70 juta dos adalah United Kingdom (UK) dan Brazil manakala Jerman dengan 64 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 46 dan 44 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 33 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Filipina dan Thailand pula melebihi 7 juta dos diikuti Malaysia dengan lebih 5 juta dos dan Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment