R-naught Covid-19 kekal

PUTRAJAYA 19 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di negara ini kekal untuk dua hari berturut-turut.

Semalam, Jumaat, nilai R-naught direkodkan pada 0.95

Tiga negeri mencatatkan kadar R-naught melebihi 1.0 dengan Negeri Sembilan masih mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.08. Ini diikuti Sabah dan Labuan.

Manakala negeri-negeri lain mencatatkan kadar di bawah 1.0 termasuk Sarawak, Kuala Lumpur, Johor, Melaka, Perak, Kedah.

Begitu juga di Putrajaya, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu dan Perlis.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu. Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment