Delta jadi varian dominan

GENEVA: Varian Delta yang kali pertama dikesan di India kini menjadi varian dominan di peringkat global, kata Ketua Saintis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Soumya Swaminathan

Katanya , beberapa negara termasuk Britain, Jerman dan Rusia.mencatat peningkatan mendadak kes Covid-19 kesan daripada varian Delta.

Menurut Swaminathan, pihaknya kecewa dengan perkembangan pembangunan vaksin yang masih belum menepati standard WHO.

Hakikatnya, dengan penularan varian Delta, wujud keperluan untuk dos vaksin yang lebih berkesan.

Benua Afrika kekal menjadi kebimbangan utama WHO, walaupun jangkitannya hanya menyumbang lima peratus kadar jangkitan global.

Related posts

Leave a Comment