Suntikan harian kini 221,706

PUTRAJAYA 18 Jun – Suntikan harian vaksin Covid-19 mencatatkan angka lebih memberangsangkan apabila 221,706 suntikan diberikan semalam, 17 Jun.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), ia membabitkan 177,876 dos pertama, manakala baki 43,830 untuk dos kedua.

Pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini ialah 5.33 juta dos.

Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama ialah 3.81 juta, manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua ialah 1.52 juta.

Negeri yang mencatatkan penerima vaksin tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan lebih 786,000 dos, diikuti Selangor dengan lebih 775,000 dos.

Negeri lain yang mencatat jumlah tinggi termasuk Sarawak dengan lebih 657,000 dos serta Johor dengan lebih 503,000 dos.

Related posts

Leave a Comment