Perancis longgar sekatan

PARIS 17 Jun – Perancis melonggarkan beberapa sekatan termasuk  rakyatnya tidak lagi wajib menggunakan pelitup muka ketika berada di luar mulai hari Khamis.

Bagaimanapun penggunaan pelitup muka masih disaran terutamanya ketika di berada di kawasan sesak seperti pasar raya, pengangkutan awam dan stadium.

Perintah berkurung pada waktu malam yang dilaksanakan selama lapan bulan sebelum ini juga akan ditarik semula bermula Ahad ini.

Pengumuman itu dibuat selepas negara itu berjaya merekodkan lebih 3,000 kes harian, jumlah penurunan drastik berbanding 35,000 kes pada Mac hingga April.

Presiden Emmanuel Macron bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar terus berhati-hati.

Beliau juga menggesa dan mengajak orang ramai untuk terus mendapatkan suntikan  vaksin kerana ini adalah satu-satunya untuk melawan pandemik.

Pemerintah menyasarkan sekitar 35 juta orang akan divaksin sepenuhnya menjelang musim panas, membentuk lebih separuh daripada keseluruhan penduduk.

Sekurang-kurangnya 58 peratus populasi dewasa di negara itu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Related posts

Leave a Comment