2.34 bilion dos vaksin didaftar

LEBIH 2.43 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga 15 Jun, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China kini mendahului dengan lebih 923 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan. diikuti Amerika Syarikat sebanyak 312 juta dos manakala India dengan 261 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 70 juta dos ialah United Kingdom (UK) dan Brazil, Jerman dengan 62 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 44 dan 43 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 32 juta dos didaftarkan manakala Filipina dan Thailand melebihi 6 juta dos.

Ini diikuti dengan Malaysia di tangga keempat dengan 4.9 juta dos dan Singapura di tangga kelima dengan 4.6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment