Rt Covid-19 naik kepada 0.94

PUTRAJAYA 16 Jun – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara meningkat kepada 0.94 setakat hari ini berbanding 0.92 semalam, dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.05.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah melalui akaun Twitter memaklumkan, Sabah merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.04 diikuti Negeri Sembilan (1.03) dan Sarawak (1.01).

Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.76.

Antara negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Kuala Lumpur (0.99), Johor (0.97), Selangor (0.96), Melaka (0.89), Pulau Pinang (0.86), Putrajaya dan Kedah (0.85), Perak (0.84), Pahang (0.82) dan Terengganu (0.80).

Related posts

Leave a Comment