Lebih 2.39 bilion dos disuntik

PUTRAJAYA 16 Jun – Lebih 2.39 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga semalam, Selasa, demikian menurut data John Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 900 juta dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat 311 juta dos dan India 259 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 70 juta dos adalah United Kingdom dan Brazil manakala Jerman 61 juta dos, Perancis 44 juta dan Itali 43 juta dos.

Sementara itu Indonesia mendahului negara Asia Tenggara lain dengan 32 juta dos didaftarkan, di mana Filipina dan Thailand melebihi 6 juta dos.

Ini diikuti Malaysia dengan 4.6 juta dos dan Singapura 4.3 juta dos.

Related posts

Leave a Comment