Teliti SOP elak kompaun

KEMAMAN 16 Jun – Diberi kebenaran menjalankan perniagaan kerana berada di bawah kategori perkhidmatan perlu bukanlah lesen besar untuk mengabaikan peraturan atau syarat lain prosedur operasi standard (SOP).

Pekerja dan pelanggan yang berada di premis perniagaan perlu bertanggungjawab untuk mematuhi SOP yang disenaraikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Semalam, sebuah premis membekal alatan pertukangan dikompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal mematuhi kapasiti kehadiran pekerja yang hanya dibenar 60 peratus tetapi kehadiran 80 peratus.

Kesalahan itu dikesan menerusi operasi Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Op Kilang pematuhan SOP PKP 3.0.

Menurut laporan media, pemilik premis terbabit turut dikesan gagal mematuhi beberapa SOP lain seperti gagal mengawal laluan keluar masuk pelanggan ke dalam premis dan gagal membuat saringan gejala kepada pelanggan.

Selain daripada itu pemilik terbabit juga didapati gagal melakukan kerja pembasmian kuman secara harian di kawasan umum seperti yang dinyatakan di dalam SOP.

Justeru jangan terlepas pandang atau memandang ringan SOP seperti daftar nama atau imbas MySejahtera, imbas suhu, memakai pelitup muka dan jumlah pelanggan di dalam premis.

Related posts

Leave a Comment